l@nGit

~You aRe whAt yoU beliEve~

Showing posts with label hamba. Show all posts
Showing posts with label hamba. Show all posts






Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -


“The real man smiles in trouble, gathers strength from distress, and grows brave by reflection.” -Thomas Paine-

Persoalan dari Supi San,

“Sesungguhnya orang yang tamak akan selalu rugi...tp kalau orang yang dengki dengan kesenangan orang lain pulak ape jd ek...?”

Nak jawab soalan ni rasanya tak ada jawapan yang tepat boleh bagi kat akak.Ye la. Perkara yang nak jadi dekat diri sendiri pun kita tak tau, ini pula yang nak jadi dekat orang lain.He2.Betul…kita boleh rancang tapi yang tentukan perkara tu betul2 terjadi bukan hak kita. Jadi jangan akak rancang pape pulak dekat orang yang dengki dengan kesenangan akak tu! (^_^) * Gurau je. Tau dah akak baik, tak kan buat perkara pelik2 ni. Jawapan yang boleh diberi buat masa ni untuk akak adalah seperti di bawah:

Lukman Al-Hakim berpesan kepada anaknya,
“Wahai anakku, waspadalah dari sifat dengki, karena ia merusak agama dan melemahkan jiwa serta menimbulkan penyesalan. Wahai anakku, tiada bencana yang lebih berat penderitaannya daripada kesombongan. Tiada kesedihan yang lebih menyusahkan penderitaannya daripada kedengkian.”

He2.Akak kan rajin membaca.Baca ek?? Buat yang lain, baca sama pun tak rugi. Sebagai manusia kadangkala kita lupa tentang diri sendiri bila berkata tentang orang lain. Artikel ni diambil dari koleksi khutbah solat jumaat. Baca, fikir, renung diri, ambil pengajaran dan buat perubahan. Ok?

Muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana kita hidup di dunia ini dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan berbagai-bagai nikmat, sama ada nikmat yang berbentuk kesenangan, kemewahan, keselesaan dan sebagainya. Tetapi kita jangan lupa bahawa ada pula insan lain yang hidup dalam kemiskinan,kesusahan dan serba kekurangan. Walau bagaimanapun kesemuanya kesemuanya ini adalah qada dan qadar Allah Subhanahu Wata'ala dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmat-Nya terhadap hamba-hamba-Nya kerana Allah Subhanahu Wata'ala lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba-hamba-Nya.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Keadaan kehidupan manusia yang tidak sama inilah yang menimbulkan sifat iri hati dan hasad dengki pada diri manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan hasad dengki? Hasad dengki itu adalah salah satu penyakit hati yang melahirkan rasa sakit hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap agar kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain. Hasad dengki lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala. Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal sahabat dan rakan kerja. Keluarga yang rapat menjadi renggang, sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak sehaluan, semua ini disebabkan perasaan hasad dengki.

Sifat yang keji ini jika dibiarkan bersarang dalam hati manusia tanpa dibendung sudah tentu akan membawa kebinasaan kepada diri sendiri dan juga masyarakat kerana dari hasad dengki inilah akan timbul sifat-sifat mazmumah yakni sifat yang keji seperti sifat meninggi diri (sombong), membangga diri, merasa tidak puas hati yang akibatnya akan menimbulkan permusuhan dan persengketaan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

"Dari Anas sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dengki itu memakan kebajikan sebagaimana api membakar kayu api" (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Wahai kaum Muslimin yang berbahagia,

Cuba kita renung dan jadikan iktibar para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang sedikit pun tidak memiliki perasaan dengki dengan kesenangan dan nikmat yang dikecapi oleh saudara-saudara mereka yang lain. Walaupun kehidupan mereka ada yang terlalu miskin akan tetapi mereka sentiasa merasa lapang dan bersih serta tenang, mereka tidak pernah iri hati terhadap kesenangan orang lain hatta sesama mereka. Dengan sifat yang mulia ini mereka telah mendapat pujian dari Allah Subhanahu Wata'ala melalui firman-Nya dalam Surah Al-Hasyr ayat 9 tafsirnya :

"Dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu. Dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat".

Sebenarnya agama Islam amat melarang keras umatnya bersifat dengki kerana sifat dengki itu boleh memakan dirinya sendiri serta mendatangkan kesan yang buruk. Pada lazimnya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram sebaliknya sentiasa runsing dan resah gelisah, apatah lagi apabila melihat orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang. Lain halnya keadaan seseorang yang mengharapkan nikmat yang sama yang ada pada orang lain dan tidak pula ia bercita-cita melenyapkan nikmat tersebut sebaliknya ia berniat dan berusaha untuk mencapainya.

Bagi mencegah dan mengubati sifat dengki ini ada berbagai cara, antaranya :

Pertama : Kita hendaklah mengawasi diri dan menyedari bahawa penyakit hasad dengki boleh merosakkan diri.
Kedua : Kita hendaklah tahu mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam apa jua keadaan.
Ketiga : Jika kita melihat orang lain memperolehi nikmat atau kelebihan, kita hendaklah mengakui bahawa mereka memperolehinya dengan hasil usaha dan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala.
Keempat : Hendaklah kita rajin bekerja, berikhtiar untuk mencari rezeki dan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala.
Kelima : Janganlah kita membanding-bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi keadaannya.
Keenam : Sentiasalah kita berdoa memohon perlindungan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dari sifat hasad dengki.
Ketujuh : Jika masih didapati hasad dengki dalam diri kita hendaklah bertaubat dan memohon ampun (beristighfar).

Muslimin yang berbahagia,

Oleh itu, ingatlah dan jauhilah daripada perbuatan hasad dengki yang dilarang oleh agama Islam, jangan sampai bersarang dalam hati kita kerana penyakit ini adalah satu sifat yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan membawa padah yang buruk kepada diri kita. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita hidup dalam keadaan harmoni dan berkasih sayang, yang dengannya akan melahirkan masyarakat yang cemerlang dan bersatu padu. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Asy-Syuura ayat 27 tafsirnya :

"Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat".

*psst: Buat akak, sabar banyak2 ek. See u soon!




31 Ogos 2009 nanti, genap 52 tahun usia kemerdekaan negara kita Malaysia. Ramai yang bertanya. Betul ke merdeka? Jumaat lepas tamat pratikum di sekolah. Dalam kelas pun bila masuk tema kemerdekaan, soalan lazim murid tanya,"Cikgu merdeka tu ape?"( soalan murid tahun 3). Apa ye? Bila soalan tu ditanya balik pada murid,banyak jawapan yang didengar. Antaranya:

  • Merdeka tu bebas cikgu!


  • Ala merdeka la Tanggal 31...(sambil menyanyi lagu Tanggal 31)


  • Merdeka tu dah tak ada orang jajah, dah tak ada perang-perang!


  • Merdeka!Merdeka!Merdeka! (siap dengan gaya TAR laung merdeka..hehe)


Jawapan semua betul. Ada kaitan dengan apa yang mereka tahu dan apa mereka dengar dan lihat. Perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Sebagai orang baru dalam dunia pendidikan saya cuba juga terangkan serba sedikit tentang erti sebenar merdeka. Masa tu rasa macam bagi ceramah pulak.hehe. Lepas tu masuk pulak kelas tahun 2. Situasi lain berlaku.


Soalan yang ditanya: "Siapakah Perdana Menteri Malaysia sekarang?". Jawapan yang diperoleh pun pelbagai la. Antaranya:


  • Ali Rustam cikgu!

  • Pak Lah! Pak Lah!


  • Sultan Mizan!

Fuh..anak-anak ni. Mungkin perkataan sekarang memberi pelbagai tafsiran pada mereka atau masih ada yang tidak memahami istilah Perdana Menteri. Setelah beberapa percubaan dibuat barulah dapat jawapan yang betul. Kalau nak buat soalan ni jadi set induksi tak cukup masa lah jawabnya. Seronok ada, sedih pun ada. Seronok sebab mereka beri respon pada soalan saya. Sedih sebab jawapan mereka membuatkan saya tertanya-tanya. Macam-macam soalan muncul dekat kepala. "Diorang ni tak tengok tv ke?" Tu la soalan paling awal muncul sbb saya tahu tv mesti jadi keutamaan kanak-kanak pada kebiasaannya. Saya kemukakan juga soalan tu dan jawapan yang saya dapat.." Ala cikgu, mesti la tengok tv. Tapi tengok kartun la.Ben10,Bakugan..bla...bla..bla..(macam-macam senarai cerita kartun keluar). "


Bila jumpa dengan guru-guru senior,saya cerita la apa yang jadi.Bila bincang-bincang, antara sebab yang dapat dikenalpasti adalah anak-anak sekarang kurang membaca. Sedangkan rancangan tv yang hanya perlu ditonton pun mereka memilih untuk menonton rancangan yang mereka sukai inikan pula membaca. Bila direnung kembali, inikah generasi yang bakal ditinggalkan untuk menerajui tampuk kepimpinan negara masa akan datang? Akan kekalkah kemerdekaan yang selama ini kita sambut dengan penuh kemegahan setiap tahun? Dan paling penting inikah hasil kemajuan yang kita banggakan?


Sebagai seorang khalifah, rasanya setiap individu perlu memikirkan kembali apakah yang telah dilakukan dan disumbangkan untuk membentuk generasi pewaris negara yang ada. Ke arah mana dan acuan apakah yang telah kita gunakan untuk membentuk mereka?


" If you make the right kind of decisions you will make the right kind of life."--- Written in 2007 by Gene Paniccia --- Florida







EMPAT GANJARAN LUMAYAN
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh)

KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa siji-sijil
- Anda tidak perlu bawa pingat
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta yg banyak
- Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi (Anda cuma bawa dokumen asal Iman dan Amal)

PANEL/PENEMUDUGA : Mungkar dan Nakir (Bertauliah)

**Enam soalan utama yang mudah akan disoal**
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput Kamiyang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja(mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

"SEMOGA BERJAYA""SELAMAT MENJAWAB"

Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menetukan dapatkah kita menjawabnya. Marilah bersama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga-moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya.


"Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda..." -halaqah.net-

search

sePant@s mas@

sesingk@t hari

cerit@ say@

cerit@ say@
liFe luv u bEing a pArt of it aNd i luv u beiNg a paRt of mE

tentang s@ya..

My photo
blajar sepanjang hayat (^_^)

cerit@

...sal@m...

pewarn@ hiduPku

(^_^)

apresi@si